Tart Nenas merupakan kuih raya mudah tradisional yang sentiasa ada ketika musim perayaan. Oleh itu hari ini kami nak kongsikan resepi kuih raya mudah ini yang semestinya berbaloi dicuba sebab tart ini sangat sedap, gebu dan cair di mulut..


Bahan A ( Dapat 60 pcs )

3 ¼ Wheat Flour/ Tepung gandum 

2 Tablespoon Corn flour /Sudu besar tepung jagung

2 Tablespoon Castor flour / Sudu besar tepung kastard 

2 Tablespoon Sapi Oil /Sudu besar minyak sapi 

1 Cup PURE butter /cawan PURE butter

3 Tablespoon Cream milk / Sudu besar susu pekat

1 Yolk egg / kuning telur

1 Teaspoon vanilla essence / Sudu teh esen vanilla

1 Teaspoon yellow food colouring / Sudu teh pewarna makanan kuning 

Bahan B 

Pineapple jam / Jem Nenas

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk jem nenas:

    1. Masak nenas yang telah diparut bersama gula.

    2. Apabila hampir kering, masukkan pewarna kuning dan kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.

  2. Cara-cara untuk bahan hiasan:

    1. Kacau sebati kuning telur, air dan pewarna kuning. Sapu di atas tart gulung.

  3. Cara-cara untuk tart:

    1. Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim.

    2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati.

    3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan seketika.

    4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun diatas loyang yang dilapisi dengan baking paper atau digriskan dengan butter.

    5. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celsius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit. 

Tips:

Jika doh masih agak keras, uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi senang untuk diterap.

Baiklah itu sahaja resepi kuih raya simple dari kami..cuba korang comment di bawah antara jenis-jenis kuih raya yang mana satu menjadi pilihan korang? :D