RESEPI TART BLUEBERRY GULUNG

Selain strawberry, blueberry juga sudah mula menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Blueberry boleh digunkan untuk membuat blueberry cheesecake, blueberry muffin, cheese tart blueberry dan sebagainya. Jadi hari ini saya nak kongsikan satu resepi kuih raya mudah iaitu Tart blueberry.

Bahan-bahannya:

  • 250gm butter

  • 2 sudu besar gula kastor

  • 2 sudu susu tepung

  • 1 bj kuning telur

  • 1 sudu besar tepung kastard

  • 1/2 cawan tepung jagung

  • secubit garam

  • 3 1/4 cawan tepung gandum

  • pewarna purple 

  • inti blueberry secukupnya

  • coklat putih sebagai hiasan.

Cara-caranya:

  • pukul sebati butter dan gula, masukkan telur pukul sebati

  • masukkan bahan lain dan gaul hingga menjadi doh yang lembut

  • bulatkan inti blueberry.

  • masukkan doh dalam acuan tart dan picit kemudian gulung.

  • bakar pada suhu 180’C selama 20 minit atau hingga masak.


A picture containing text, different, thread, variety

Description automatically generated

Baiklah itu sahaja resepi kuih raya simple pada kali ini. Dalam jenis-jenis kuih raya, kuih raya apa yang korang gemar? cuba kongsi di ruangan comment :D