Hai semua, hari ini saya nak kongsikan resepi biskut lidah kucing atau lebih dikenali sebagai biskut Crispy Rainbow. Biskut ini juga turut dikategorikan sebagai salah satu kuih raya tau.. sebab kanak-kanank sangat menggemarinya :D Jom saya kongsikan resepi kuih raya mudah ni..hehe

Resepi Biskut Lidah Kucing / Crispy Rainbow Cookies
Bahan A

250 gm Pure Butter /Mentega 

175 gm Castor sugar /Gula kaster 

100ML Egg white /Putih telur

200 gm Wheat Flour /Tepung Gandum

¼  Sudu teh Emplex 


Bahan B 

Food colouring Purple,Blue, Green,Yellow,Orange and Red/ Pewarna Ungu, Biru , Hijau , Kuning, Oren dan Merah 

Cara buat kuih lidah kucing :

 

  1. Masukan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit ( guna kaedah balik putar guna senduk ).

  2. Asingkan adunan kepada beberapa bahagian.

  3. Titik pewarna yang berlainan untuk setiap bahagian.

  4. Griskan acuan dengan minyak atau majerin

  5. Paipkan adunan elok-elok

 

Step akhir, bakar pada suhu 150 selama 20 minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing.


Dan siap.. itu sahaja untuk resepi kuih raya simple ni..resepi biskut lidah kucing ni mudah je kan nak buat.. Dalam jenis-jenis kuih raya yang banyak tu..korang suka makan kuih ape? cuba comment di bawah..hehe