Teknik asas paling mudah untuk buat cookies rangup by Cookies Vibe

Selalu nak buat biskut takut tak jadi. Ada yang boleh buat kek tapi tak pandai buat biskut dan begitu juga sebaliknya. Tapi tak salah pun kalau kita mencuba. Saya dulu kali pertama belajar buat kek butter cheese.  Alhamdulillah, Elokk keknya hahaha :D. Dah mahir tips ni boleh la buat biskut raya 2021.:D

Semua teknik bukan boleh belajar dalam masa satu jam macam tu je. Ini semua makan masa dan minat atas sesuatu perkara, Bila dah rasa expert baru boleh ikut suka resepi sendiri. Kalau masih was was jangan la cuba lagi nanti nangis tak berlagu, lepas tu dah tak minat nak buat biskut lagi sebab biskut sebelum ni rasa dan rupa tak semegah, Semua ni kena ada minat dan kesabaran takde minat tak jalan jugak yee..

Jom saya kongsikan tips mudah 

1. Sebelum lajak lebih jauh saya nak bagitahu la sikit produk kegemaran saya contohnya butter akan guna "pure butter" atau mentega jarang la orang pakai marjerin. Lepastu butter ini ada berbagai-bagai jenis seperti yang diperbuat dari lemak sayur-sayuran dan harga murah sikit la dari “pure butter” tu. "pure putter" ni kebiasaannya harganya lebih mahal sebab kualiti produk dia pun bagus. Melainkan beli di kedai bakeri harganya akan lebih murah dan boleh beli dalam kuantiti yang banyak. Butter kegemaran korang apa ? Saya punya Butter ialah butter Anchor, Emborg, Lurpak, Golden Churn, dan Tatura. Tapi kebanyakkannya saya bakar guna pure butter Anchor, ini akan membuatkan biskut kita jadi lagi berlemak, lebih sedap dan lebih crunchy. Simpan lama pun tak lemau. 

2. Gunakan tepung biskut jenama yang berkualiti contohnya tepung blue key untuk menghasilkan biskut yang lebih berkualiti dan rangup. Nak guna tepung gandum biasa pun boleh tapi lebih baik menggunakan "Blue Key” cari di kedai bakeri atau pasaraya. Lebih untung kalau beli di kedai borong kalau nak beli dalam kuantiti yang banyak.

3. Sebelum membakar biskut ni, yang wajib jugak la ye, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit tau, kita start ejen dia  dulu yee.

4. Gunakan api atas bawah untuk membakar biskut supaya biskut masak dengan sekata. Tak da la bawah dah hitam tapi atas masih lagi tak masak. Hmmm...

5. Setelah mengeluarkan loyang dari oven sila lah sejukkan biskut tu dulu yea. Jangan masukkan  biskut dalam bekas ketika ianya masih panas. Lagipun biskut kalau dikeluarkan dari loyang ketika masih panas nanti pecah, sayangnya…… “menangis nanti”.  Biskut masa tengah panas menjadi sedikit lembik. Jadi tunggu dulu yaa , kena sejukkan dulu lepas tu baru masuk ke dalam bekas. Lagi satu, dalam satu bekas akan berwap dan wap tersebut akan diserap balik oleh biskut kita dan menyebabkan biskut tadi jadi lemau .

6. Bila biskut tu dah sejuk dalam 20minit selepas keluar dari oven bolehlah masukkan biskut tu ke dalam bekas udara. Biskut yang tanpa bahan bahan pengawet ni tahan 3 bulan. Kalau guna pure butter biasanya akan tahan lebih dari 3 bulan.

7. PENTING NI KORANG!  Setiap jenis kuih mempunyai bahan yang tersendiri, jadi kalau di seal kan jadi rosak biskut tu, jangan campurkan biskut yang berlainan ke dalam satu bekas sama hanya kerana nak jimat duit, sayang nak beli bekas banyak-banyak, tolong jangan nak berjimat sangat ahahaha... Tak menjadi biskut nanti. Contohnya Red Velvet Cookies jadi rasa Chocolate Chip, dan rasa Belgian Cookies jadi rasa Kuih Tart pulekkk. Nak makan sedap kenalah korban duit tenaga dan wang. Betul tak?! Kannn!


Itu sahaja untuk harini , terima kasih 

Dari saya Elesya Ann, CookiesVibe