Resepi ‘easy’ Tauhu Begedil 

Resepi mudah tauhu begedil yang korang boleh try masa PKP


Musim-musim MCO ni mesti kebanyakan ‘work from home’ kan dan pelajar sekolah pun ada yang belajar dari rumah atau PDPR secara dalam talian. Mesti kebanyakan daripada korang juga yang semakin kerap ke dapur untuk cari kudap-kudapan. So, apa kata korang try resepi Tauhu Begedil ni since saya pasti ada ramai lagi yang beli je kan instead of buat sendiri kat rumah. 




Korang boleh add on sama ada ayam atau daging dalam isi begedil tu, optional lah ikut preference korang. Ok first kita list bahan-bahan nak buat dulu.

Bahan-bahan:

  1. Tauhu (square)

  2. Kentang

  3. Daun sup 

  4. Bawang goreng  

  5. Maggi Cukup Rasa

  6. Serbuk Lada Putih

  7. Daun Bawang (optional)

  8. Cili Hijau/Merah

  9. Bawah Putih

  10. Kicap 

  11. Gula 

  12. Asam Jawa

Langkah Penyediaan 

Okay first, before kita masuk first step, korang ada dua option sama ada nak goreng or rebus kentang before lenyek-lenyek nak buat isi. Kalau korang goreng, isi kentang tu akan tahan lagi lama dari yang rebus.


Tauhu Begedil :


  1. Potong kulit, cuci dan potong kentang jadi small pieces (Jangan terlalu nipis, dalam tebal 1 cm ok dah).

  2. Goreng/Rebus kentang yang dah potong tu, sementara tunggu tu boleh potong pada bahagian atas tauhu (buat bentuk X dari bucu ke bucu), then keluarkan isi2 dalam tauhu tu. jangan buang isi tu sebab nanti nak lenyek dengan kentang sekali, jangan membazir

  3. Selepas kentang siap goreng/rebus, masukkan dalam bekas yang besar sesuai dengan berapa biji kentang yang korang guna supaya senang nak lenyek. Lenyek kentang tu guna apa ada yang kat dapur korang tu.




  4. Then after siap lenyek kenteng sampai lumat, masukkan Maggi Cukup rasa dan serbuk lada putih, masukkan bagi secukup rasa je. Selepas tu, masukkan daun sup yang dh dipotong kecil, bawang goreng yang dah dikisar halus (guna pengisar kering ye). 

Haa daun bawang tu optional je, tapi potong kecil2 dulu baru masukkan.

  1. Next, lepas dah masukkan semua bahan dalam kentang yang dah lumat tu, boleh terus sumbat kentang dalam tauhu.

  2. Sediakan telur, kacau dan masukkan sedikit garam. 

  3. Celup tauhu yang dah diisi dengan kentang dalam telur dan goreng. Jangan guna sedikit minyak supaya senang untuk balik-balikkan tauhu yang digoreng.

Sambal Kicap :


  1. Kisar 20 biji cili hijau/merah bersama dengan kicap dan 2 biji bawang putih.

* paras kicap ikut paras cili yang dimasukkan dalam pengisar.

  1. Masukkan ½ sudu asam jawa dan campurkan 2 sudu air yang telah dimasak dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati.

  2. Masukkan ke dalam sambal kicap yang dah dikisar. 


OK SIAP! Sedia untuk dihidang …………………………..


Haa korang hidang la macam ni….

Makan panas2 memang ngam lah dengan sambal kicap pedas2 manis…