RESEPI TART STRAWBERI GULUNG

Bila disebut kuih raya mudah tradisional, mesti ramai yang jawab tart nenas.. tapi bila sebut sahaja strawberry, mesti ramai yang hanya tahu mengenai kek strawberry. Sebenarnya kita juga ada tart strawberry tau.. Biskut tart strawberry ini mula dikenali ramai sejak 3,4 tahun kebelakangan ini. Oleh itu, jom kami kongsikan resepi kuih raya mudah ataupun dikenali sebagai biskut tart strawberry.

Bahan-bahannya:

  • 60gm butter

  • 190gm majerin

  • 70gm gula halus

  • 1 biji kuning telur

  • 1 s/k esen vanilla

  • 350gm tepung gandum

  • 50gm tepung jagung

  • pewarna merah



Cara-caranya:

  • Gaulkan butter, marjerin dan gula supaya rata.

  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.

  • Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayakkan.

  • Gaulkan sehingga rata dan sebati.

  • Gunakan acuan nestar dan pamkan adunan.

  • Kepalkan jem strawberry sebiji kurma

  • Letakkan jem strawberry diatas adunan dan gulungkan

  • Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas

  • Sapukan dengan bahan glaze tadi. 

  • Bakar dalam oven suhu 180’C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

  • Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Itu sahaja untuk resepi kuih raya simple dari kami. Sebelum mengundur diri, cuba korang comment di bawah antara jenis-jenis kuih raya, yang mana satu menjadi kegemaran korang?:D