PUASA 6 DI BULAN SYAWAL


Puasa 6 di bulan Syawal adalah puasa enam hari yang dilaksanakan dalam bulan Syawal. Hukum puasa 6 adalah sunat. Adapun begitu, puasa sunat 6 hari amat dianjurkan kerana ganjarannya yang besar iaitu sesiapa yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan beserta dengan puasa 6 hari di bulan Syawal, maka baginya ganjaran pahala seperti berpuasa selama 1 tahun. Niat atau doa puasa 6:


N i a t   P u a s a   6


Isu berkaitan Puasa 6


Bolehkah puasa 6 diniatkan sekali sebagai puasa ganti Bulan Ramadhan?

Fuqaha dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat tentang isu menggabungkan niat di antara puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.

Mengikut pendapat yang muktamad, afdhal seseorang itu menjadikan puasa qadha berasingan dengan puasa 6 pada bulan syawal.Namun begitu, menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif. Namun begitu, menyegerakan qadha puasa itu adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa


A picture containing text

Description automatically generated