Pengurusan mental dan emosi: Cara-cara mengurangkan tekanan emosi atau stress.

Seperti yang korang tahu, Kerajaan Malaysia memutuskan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama bermula 1 hingga 14 Jun 2021. Ramai yang akan terjejas apabila ‘total lockdown’ ini dilaksana. Pastinya kesihatan mental dan emosi seseorang akan turut terjejas. Nampak remeh, namun ianya sangat penting agar aktiviti harian korang tidak terganggu oleh tekanan emosi.

Maksud emosi ialah perasaan yang terhasil dari suatu kejadian ataupun konfliks. Contohnya apabila diumumkan lockdown. Ramai pastinya akan rasa tertekan.

Jadi saya nak kongsikan cara-cara hilangkan stress ataupun tekanan emosi dengan menggunakan teknik 10B berdasarkan sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia:

1. Bertenang.

Woman vector created by freepik - www.freepik.com

Kalau korang rasa tertekan. Belajar untuk bawa bertenang. Sebab apabila kita bertenang, iainya dapat bantu untuk kurangkan rasa negatif dalam fikiran.

1. Bernafas dengan dalam.

Travel vector created by syarifahbrit - www.freepik.com

Perasan atau tidak apabila mengalami tekanan emosi, kebanyakkan dari kita sukar bernafas. Jadi belajar cara pernafasan yang betul iaitu menarik nafas menggunakan hidung dan keluarkannya melalui mulut perlahan-lahan.

1. Berkata, ` Relakslah’.

Love vector created by freepik - www.freepik.com

Apabila mengalami tekanan emosi, lihat raut wajah anda di cermin dan berkata pada diri sendiri ‘relaks’, ‘it’s okay’ , ‘takpe’. Perkataan ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk mengawal tekanan emosi.

1. Beribadat.

Image by Iis Nur Siamil from Pixabay

Laksanakan ibadat untuk mendapat ketenangan jiwa seperti berzikir dan sembahyang. Biasakan doa selepas solat fardhu agar diberi ketenteraman hati dan dipermudahkan urusan.

1. Berkongsi perasaan dengan seseorang

Image by Bansi Patel from Pixabay

Hubungi insan-insan yang anda percayai untuk meluahkan perasaan. Ini sedikit sebanyak dapat membuatkan kita berasa lega dan dapat mengurangkan tekanan emosi. Tidak perlu memendam perasaan seorang diri.

1. Berurut.

People vector created by pch.vector - www.freepik.com

Kalau korang perasan, individu yang mengalami tekanan emosi akan sakit bahu dan leher. Ini kerana otot-otot bahu dan leher menjadi tegang. Jadi belajarlah teknik mengurut bahu dan leher yang betul kerana ia dapat melancarkan peredaran darah.

1. Berehat dan mendengar muzik.

Music vector created by pch.vector - www.freepik.com

Dengar muzik kegemaran korang dapat membantu untuk mengurangkan tekanan emosi. Tapi sebaiknya dengarlah muzik yang lembut. Muzik yang lembut dapat mengawal denyutan jantung dan menenangkan badan korang.

1. Beriadah.

Beriadah maksudnya melakukan aktiviti luar rumah bersama rakan-rakan atau keluarga. Tidak perlu pergi jauh-jauh. Cukup berjalan di depan rumah beberapa minit juga dikira beriadah tau..

1. Bersenam/ bersukan

Background vector created by tartila - www.freepik.com

Terdapat banyak kebaikan bersenam dan salah satunya ialah mengurangkan ketegangan otot.  Apabila kita bersenam hormon dorfin di mana salah satu fungsi hormon ini ialah untuk membuatkan kita berasa lega dan tenang.

1. Berfikiran positif.

Floral vector created by pikisuperstar - www.freepik.com

Belajar untuk berfikiran positif ataupun bersangka baik terhadap semua perkara terutamanya perkara yang belum berlalu. Jangan terlalu memikirkan perkara yang belum berlaku kerana ini hanya akan membuatkan anda berasa lagi tertekan.

Jangan pernah rasa keseorangan apabila mengalami tekanan emosi. Terus berhubung dengan orang-orang yang korang percaya untuk meluahkan perasaan sekiranya itu dapat mengurangkan tekanan emosi korang. Cookies Vibe sentiasa bersama anda. #KitaJagaKita :D