Hi semua :D! Seperti yang kita sedia maklum, kes Covid19 yang terkini di Malaysia telah menunjukkan penurunan sebanyak 1000 kes sehari dibandingkan pada awal Februari yang lalu, kita dikejutkan dengan kes harian melebihi 5000 kes sehari. 


Pada  21 Februari 2021, kumpulan pertama vaksin Pfizer BioNTech tiba di bumi Malaysia. Kemudian pada 27 Februari 2021 vaksin Sinovac pula tiba di Malaysia. Vaksin dah ada jadi korang dah daftar ke belum untuk suntikan vaksin ni? Mesti ramai yang keliru dengan cara nak daftar vaksin ni… Jom kita tengok cara daftar vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera.


  1. Pastikan korang ada aplikasi MySejahtera tau.. Kalau tak de boleh muat turun di Google Play bagi fon Android atau App Store bagi fon Iphone. Klik pada aplikasi tersebut.


  1. Kemudian, klik pada butang ‘ COVID-19 Vaccination’ yang terdapat dalam aplikasi tersebut.


  1. Kemudian, klik pada ‘Vaksin for (nama anda)’ .


  1. Sahkan maklumat anda dan tekan butang ‘confirm’.


  1. Kemudian, tekan butang ‘Next’ dan jawab soalan yang diberikan dan tekan butang ‘Submit’.


  1. Setelah itu, tunggu beberapa hari dan buka semula aplikasi MySejahtera dan ulang semula langkah 2 dan 3. Sekiranya keluar paparan seperti di bawah, bermakna korang telah pon didaftarkan vaksin..yeayyy..



Kalau korang perasan pada langkah 3, terdapat butang ‘Covid-19 Vaccine Information’. Jadi, bagi yang masih ragu-ragu dengan vaksin Covid-19, boleh la baca informasi yang terdapat di situ. Sambil-sambil membaca bolehla mengunyah cookies sedap dari Cookies Vibe :D. Kita jaga kita. Lindungi diri, lindungi semua. :D