As’salamualaikum dan Salam Sejahtera 

Hai, harini kami nak kongsikan resepi biskut atau kuih raya mudah iaitu “Ombak Rindu” 

Biskut ni sedap dan rangup malah senang dikunyah, sekali makan memang nak makan lagi. Biskut ini mempunyai kelazatan dan keunikan tersendiri memang lain dari lain kerana kami menggunakan bahan-bahan yang di import  dari New Zealand seperti kelazatan Pure Butter “Anchor”. Sememangnya sebalang tak cukup mesti kena buat berbalang-balang (Atau boleh terus klik add to cart kat sini :P). Sebalang tu jugak habis dalam masa yang singkat kerana customer selalu request lebih dari satu  .. huuu

Resepi ini adalah resepi olahan daripada kami. Jom kita lihat apa bahan-bahan yang ada dalam Biskut Ombak Rindu ni .. 


Ingredient A/ Bahan A

250 gm Pure butter / Mentega

70 gm Castor sugar / Gula halus

90 gm Brown sugar / Gula perang

1 Tea spoon Vanilla essence / sudu teh esen vanilla

2 biji telur

330 gm Wheat flour / Tepung gandum

30 gm Powder milk/ susu tepung

8 gm Coco Powder /serbuk koko

3 gm Baking Powder

3 gm Baking Soda

200 gm Crunch cornflakes / Cornflakes kisar


Ingredient B / Bahan B 

Almond ikut berapa biji biskut yang ada , 

White chocolate for decoration 


Cara caranya ialah …

Langkah 1

Dalam mesin pemutar masukan mentega, gula halus, esen vanilla, dan putarkan dengan kelajuan sederhana sehingga sebati dan masukkan 2 biji telur dan pukul sebentar. Masukkan campuran bahan kering dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan, coco, almond nibs dan cornflakes, dan gaul sehingga rata.


Langkah 2 

Sediakan dulang pembakar.

Bentukkan doh atas dulang.

Tekan guna garfu untuk hasilkan corak.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 160° C selama 20 - 25 minit.

Bila dah masak sejukkan.

Sementara itu cairkan coklat putih. Masakkan coklat putih secara double boiler.

Paipkan atas biskut yang telah sejuk.

Hiaskan dengan Almond bakar di atasnya. 


Itu sahaja resepi biskut atau kuih raya simple dari kami..Yeayy Siapp. Cuba korang comment di bawah, biskut atau jenis-jenis kuih raya yang korang suka makan..:D