MENU VIRAL SEMASA PKP !!


SEMENJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai daripada kita yang tampil dengan pelbagai resepi baharu sebagai mengisi ruang lapang.

MENU PERTAMA 

Menu paling famous salah satunya adalah “Dalgona Coffee” yang ringkas tetapi mencabar juga membuatnya akan tetapi rasa lazatnya  tersendiri . 

Menu ni agak viral kini kerana bahan untuk disediakan sangatlah mudah dan senang didapati. Saya nak bagi sedikit tips untuk mendapatkan rasa manis dan lemak berkrim, bahan seperti serbuk kopi dan gula perlu dipukul rata sehingga kembang agak penat kalau pukul dengan tangan kalau ada mixer boleh guna ia lebih muda dan cepat. Lagipun sekarang ni ramai yang melakukan cabaran membancuh Dalgona coffee di laman media sosial tersendiri .. 

Saya ingin tunjuk bahan utama untuk menu pertama iaitu resepi dalgona coffee:

Bahan Utama,

  • 2 Sudu teh, Serbuk Kopi

  • 2 Sudu teh, Gula

  • 2 Sudu Air Panas

Bahan terakhir,

  • Susu dan ais yang dituang ke dalam “clear glass” untuk nampak lebih menarik 

Cara- caranya 

  • Gaulkan sehingga sebati bahan utama tersebut sehingga kembang

  • Tuangkan ke dalam “clear glass” untuk nampak lebih menarik

  • Hiasan; Taburkan gaulan bahan utama di permukaan glass 

Boleh cuba dirumah

MENU KEDUA 

Mesti tahu kan menua kedua ni, semestinya semua dah jemu juga makan mi segera hanya tambah itu ini untuk penyedap rasa, Apa kata cuba buat resepi baru iaitu murtabak yang kebiasaannya  menggunakan daging atau ayam sebagai bahan utama , kali ini kita menggunakan yang lebih unik iaitu campuran mi segera,telur dan perencah rasa dengan hanya beberapa bahan ringkas ini boleh terjadi la MURTABAK MAGGI ENAK 


 Cara buat murtabak maggi ini mengikut berapa kuantiti hidangan kalau satu orang sebungkus pun cukup rasanya ,ikut cara ukuran dengan kiraan bilangan yang makan, okie

Bahan bahannya,

  • Sebungkus mi segera kari

  • 1 biji telur

Cara – caranya

  • Celurkan mi dalam air panas sehingga lembut dan tapi. 

  • Pukul telur bersama serbuk kari mi segera dan mi yang telah direbus.

  • Tips untuk rangup, gunakan kuali leper untuk menggoreng mi seperti membuat murtabak biasa. 

Mudah sahaja, 2-5 min  siap masak jangan lama lama nanti terlebih rangup tiada yang ingin rasa :P

Boleh cuba dirumah

MENU KETIGA

Cheesecake tak perlu bakar ?

Resepi Oreo Cheesecake Best Tak Perlu Nak Bakar.Simple Sangat

Siapa kata buat kek kena guna oven  paling best cheese kek ni kita tak perlu guna oven pun tau , anda boleh menggunakan pelbagai kreativiti bagi menyedapkan lagi rasa kek anda. Cheese kek dessert yang creamy makan sejuk-sejuk puas betul rasanya . Siapa yang suka sangat cheese boleh cuba resepi ni.

Saya yakin sepotong tak cukup kalau makan..

Jom saya kongsikan resepi oreo cheesecake , 

Bahan-bahan untuk lapisan bawah yang selalu kita nampak lapisan oreo kan, jadi ini bahannya..


Bahan lapisan bawah,

  • 12 biji oreo 

  • 2 sudu besar 30g butter 


Bahan lapisan tengah kita panggil seperti filling kek tersebut,

  • 250 g cream cheese

  • Inti cream dari 12 biji oreo di atas

  • 2 sudu besar gula kastor

  • 1 sudu kecil esen vanilla

  • 1 sudu besar jus lemon

  • ¾ sudu besar serbuk gelatin

  • 200 ml whipping cream

  • 6 biji biskut oreo yang telah dipatahkan

Cara -caranya, 

Lapisan bawah kek ..

  • Asingkan kepingan biskut dan inti gula Oreo ditengah.

  • Biskut oreo dihancurkan untuk lapisan bawah kek.

  • Cairkan butter kemudian tuang ke dalam serbuk oreo.

  • Tuang adunan tadi kedalam loyang tekan dengan sudu sehingga rata 

  • Simpan di dalam peti sejuk.

Cara-cara untuk adunan coklat cheesecake:

Inti cake ,

  • Kemudian gelatin, tambah air suhu bilik sikit bagi gelatin lembut dulu kemudian tambah air panas sedikit dan kacau sehingga larut.

  • Masukan cream cheese kedalam mangkuk adunan diikuti dengan inti gula diikuti dgn esen vanilla, jus lemon dan gelatin, kacau sebati.

  • Putar sampai jadi pekat kental.

  • Kemudian masukkan Oreo (telah dipatahkan).

  • Keluarkan loyang dari peti ais dan tuang kesemua adunan

  • Ratakan permukaan, balut plastik dan masukan kedalam freezer 10 minit.

Saya nak bagi tips penting,

  • Bagi memudahkan kek ditanggalkan dari  loyang dengan towel yang dicelup dalam air suam.

  • Untuk potongan cantik dan kemas, rendam pisau kedalam air panas, dan lap bersih setiap kali potongan tau nanti takde la comot