Solat Sunat Hari Raya 

Seperti yang kita tahu, umat Islam di seluruh dunia menyambut dua perayaan besar iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Tetapi masih ramai yang tidak tahu atau selalu terlupa tentang cara-cara yang betul solat sunat bagi kedua-dua perayaan  tersebut walaupun sudah berpuluh tahun menyambut Hari Raya.



Walaupun negara dan seluruh dunia sedang dilanda wabak COVID-19, namun kita sebagai Muslim di Malaysia tidak wajar mengabaikan pelaksanaan solat sunat Aidilfitri pada pagi 1 Syawal tidak kira berjemaah di masjid atau di rumah, atau solat secara bersendirian. 

Hukum solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang dituntut  mengikut mazhab Syafi’e dan Maliki. Takbir raya akan dilaungkan sebelum solat sunat Hari Raya didirikan.


Kaifiyat Solat Sunat Aidilfitri dan Aidiladha

Kaifiyat Solat Sunat Sunat Aidilfitri dan Aidiladha  serta bacaan-bacaan dalam solat.

                Solat Sunat Aidilfitri 

Lafaz niat Solat Sunat Aidiladha


  1. Niat imam


Niat Imam Solat Hari Raya
Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.
  1. Niat makmum


Niat makmum solat raya

Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.


  1. Niat solat bersendirian


niat solat raya sendiri
Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

            Rakaat Pertama 

  1. Solat dimulakan dengan Takbiratul Ihram. Sertakan niat dalam hati ketika takbir.

  2. Doa Iftitah 

  3. 7 kali takbir berselang dengan zikrullah. 

7 kali takbir dan 6 kali zikir:


bacaan tasbih dalam solat sunat tasbih

  1. Al-Fatihah selepas takbir ke-7

  2. Bacaan Surah lazim (Surah Al-Ghasyiyah atau surah lain)

  3. Ruku’ dan sujud seperti biasa sehingga selesai rakaat pertama.


     Rakaat Kedua

  1. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz Takbir Intiqalat.

  2. 5 kali takbir berselang dengan zikrullah.

5 kali takbir dan 4 kali zikir: Bacaan zikir sama seperti bacaan pada rakaat pertama.

  1. Al-Fatihah selepas takbir ke-5.

  2. Bacaan surah lazim (Bebas).

  3. Ruku’ dan sujud seperti biasa sehingga selesai rakaat kedua.

  4. Memberi salam.


    *Selepas memberi salam, Kebiasaannya akan terus membaca doa tanpa wirid selepas solat. Kemudian, khatib akan menyampaikan Khutbah Hari Raya.

            


        Solat Sunat Aidiladha


              Pelaksanaan solat sunat Aidiladha adalah sama seperti pelaksanaan solat sunat Aidilfitri. Hanya niat solat sahaja yang berbeza. 


Lafaz niat Solat Sunat Aidiladha


niat solat sunat aidiladha

Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.


                Pelaksanaan solat sunat Aidiladha adalah sama seperti solat sunat Aidilfitri (Langkah 1 hingga 11).


        Perbezaan antara solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha

                Tiada banyak perbezaan antara Solat Sunat Adilfitri dan Aidiladha dari segi pelaksanaan kedua-dua solat tersebut.



Solat Sunat Aidilfitri

Solat Sunat Aidiladha

1.

Niat niat solat raya sendiri

Niat

niat solat sunat aidiladha

2.

Ditunaikan pada pagi 1 Syawal

Ditunaikan pada pagi 10 Zulhijjah.