Almond London Cookies Recipe

Hai semua, hari ni saya nak share satu resepi kuih raya mudah iaitu Almond London yang menjadi kegemaran semua orang ketika hari perayaan.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 250 gm butter

  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )

  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )

  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung ( 100 gm )

  • 4 oz / 1 cawan gula aising ( 100 gm )

  • 1 biji kuning telur

  • Badam biji di panggang secukupnya

  • Badam cincang untuk hiasan

  • Coklat masakan secukupnya

  • Mangkuk kertas/ paper cup - warna hitam yang paling sesuai

  • Sedikit minyak jagung


Cara menyediakan dan memasak:

  • Pukul butter bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.

  • Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum, macam saya, saya suka tepung gandum cap ros, korang boleh juga guna jenama lain. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.

  • Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat..mengikut citarasa sendiri..

  • Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..sejukan.

  • Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung ( minyak masak biasa pun boleh ) anggaran 2 sudu makan..untuk mengilat kan coklat tu..guna kaedah double boiler..( dalam periuk bawah isi air letak tin atau apa2 untuk lapik bagi meletak periuk yang berisi coklat masakan tadi..)

  • Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji - biji.

  • Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.

  • Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap




A picture containing text, chocolate, different, barbecue

Description automatically generated

Itu sahaja resepi kuih raya simple untuk hari ini. Cuba korang comment di bawah banyak sangat jenis-jenis kuih raya yang terdapat di pasaran, kuih apa yang korang suka?