Ada ke aktiviti yang satu keluarga boleh manfaatkan pada waktu PKP 3.0 ni??

Dengar cerita tempoh 14 hari ni akan bertambah lagi, betul ke? Erm belum habis lagi tempoh 14 hari pertama dah dengar cerita macam-macam. Mesti ramai yang tidak senang duduk kan? Sebab tak boleh nak buat aktiviti harian seperti hari sebelum penularan wabak Covid19 ni ..

Tahu tak ada hikmahnya juga bila PKP ni kerana kita ada lebih banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga, tahu tak anda boleh melakukan aktiviti kebiasaan di rumah mahupun tidak pernah buat aktiviti pun jadi ingin buat dan terapkan. Tempoh masa 14 hari ni banyak je aktiviti yang kita boleh lakukan bersama keluarga di dalam rumah sahaja. Jangan keluar rumah pulak musim Covid ni!! 

Korang mesti nak tahu kan seperti apa aktiviti yang saya tengah bual kan ni kan ?

OKAY… 

Aktiviti pertama adalah mencuba resepi-resepi baru ,haa kalau menjadi mana tahu boleh buat modal ke kan ?

Mesti ada yang suka kumpul resepi masakan di Facebook & Instagram kan ?  Time ni lah masa yang sesuai untuk mencuba pelbagai jenis resepi masakan menggunakan bahan sedia ada di rumah sahaja. Nanti dapur akan jadi lebih meriah bekerjasama menyiapkan hidangan makanan tengahari atau makan malam. Sambil-sambil tu, boleh berkongsi cerita menarik antara satu sama lain kan ? sebab kalau hari-hari biasa boleh lakukan macam ni pada hari cuti je, itu pun mesti ada yang tidak terapkan kan? Jadi ini adalah salah satu peluang :D selamat mencuba

Aktiviti kedua ni saya dapat rasakan yang ramai lakukan bersama adik-beradik sahaja, jarang saya lihat ibu bapa join tapi kini adalah zaman moden nak main game pun dalam fon sahaja mudah pelbagai jenis ada tapi kita boleh kembalikan tradisi dan ini juga boleh merapatkan hubungan anda sekeluarga. Wajib cuba kerana permainan ini tidak makan masa yang lama pun cuma kita haruslah terapkan supaya hubungan kita sekeluarga akrab :D

Contoh- contoh game:

Sahiba game

Permainan Congkak

Catur

Carum

Chess 

Uno game 

Aktiviti yang terakhir saya akan kongsikan adalah yang sering saya lakukan pada anak buah saya adalah “story telling” ini adalah cara untuk saya lihat bagaimana ia dilaksanakan. Jadi saya rasa orang dewasa pun boleh melakukannya, ia boleh menerapkan amalan membaca. Kepentingan ilmu pengetahuan perlu diterapkan semasa anak-anak masih kecil. Korang cuma perlukan bahan bacaan yang sesuai dan bagi tugasan pada setiap ahli keluarga untuk fahamkan bahan bacaan yang diberikan dan cerita semula kepada ahli keluarga. Bagi saya buat la story telling yang boleh diterapkan dalam kehidupan harian seperti sirah-sirah Nabi antara bahan bacaan yang bagus bagi orang Muslim.  Akan tetapi bagi yang non-muslim boleh jugak terapkan tetapi dengan kitab-kitab yang tersendiri :D Ini kerana secara tidak langsung kita dapat menambah ilmu pengetahuan.